Category Archives: Merepeking

Who are we?

People have different needs and wants. Its not something that is new. Its embedded in business theory. In our career life, sometimes we want things to be simple. Others need to  make it grand. Some of us accept how other people behave. Others don’t, and simply asked too many questions; not sure for clarity or for mocking. As for me, I tried to be someone without emotion. Not because I am not being critical. But for me, to be brave in trying something new means we don’t put a criticism or objection before trying. Its interesting that I understand that in marketing; humans are actually emotional creature who think. 

There are many instances that I think I have gone overboard simply because I have become an ‘angry’ creature who thinks other people have been treating me badly. While in reality, they could be 70% or 50% liked me. In the end its about how we perceived things. If we start of thinking other people are nice, we will definitely treat them with respect. Perhaps with better attitude. That is why, students need to respect teachers, regardless if the this person do not know how to teach. In essence, people who knows more than us are teachers and needs to be respected. Well, if we don’t have any good things to say, its better to not saying anything at all.

Why am I debating about it? Well, at one point in our life we wonder who we have become. We are not the same person like we used to be because experience has changed us. We have become someone who understand the mechanics of working world and so we try to adapt to that. Along the way, we either make more friends and of course enemies.

It seemed I have forgotten the most important thing I want in life. The goal that I have written somewhere. This goal is the one that define who I was, am and will be. I wanted to do something good. Listening to many ideas about how to do things are good but trying to be someone who I am not, is another story. People thinks I should be a business minded person, apparently I am not because I am not a trained business person! For god sake!. I am not gifted on that but I have learned that these things can be learned. Not to become a business man but to teach people on theory behind it. Being a businessman is not who I am. In the end, I need businessman to share experience how to do things.

So what exactly I am good at? I am still searching for it.

In the mean time, I just need to do what I have to do. Being a good lecturer 😉

 

 

 

Advertisements

Mulakan perkahwinan dengan bebas hutang

Saya memahami beberapa perkara tentang suami saya.

1) Sangat menjaga solat
2) Tidak mahu berhutang
3) Tidak mahu menunjuk
4) Menjaga perhubungan dengan isteri
5) Sedaya upaya menyediakan keperluan untuk kami sekeluarga

Dalam mengharungi rumahtangga selama 7 tahun, saya memang memahami suami saya tidak mahu menjadi orang kaya. Tapi, dia menegaskan dia akan menjadi orang yang akan sentiasa mahu cukup-cukup, mungkin ada berlebih sedikit untuk keselesaan. Manakala saya memang seorang yang boros, tapi sebab suami sentiasa mencukupkan apa yang seharusnya diberi, maka saya seolah nampak bermewah. Alhamdulillah, boleh merasa makan di kedai hari-hari kalau mahu. Boleh membeli apa yang saya mahu, asalkan sepadan dengan diri.

Selepas tidak berkereta selama 5 tahun, nampaknya saya dan suami agak sekufu dalam hal tidak mahu membeli kereta mahal. Kami juga cuba tak berhutang, jadi dengan duit simpanannya selama di Belanda berjumlah RM11,800 suami saya telah beli kereta kecil. Saya pula bertegas takkan menambah duit untuk membeli kereta lagi besar. Kami beli Atos prima 1.1 dari kedai kereta secondhand di jln cheras kajang. Alhamdulillah, kereta itu masih cantik, walau sudah berusia 10 tahun.

Saya memandu kereta itu sambil tersenyum. Menerimanya dengan lapang dada.

Alhamdulillah, suami mampu membelikan kereta untuk saya. Bukankah itu sesuatu yang seharusnya kita puji dan nikmati. Walau ruangnya kecil, saiznya kecil dan pergerakan tidak laju, tapi kerana suami yang belikan kereta itu saya seperti mendapat emas berkoyan-koyan. Sang suami pula masih naik motosikal cabuk yang dibeli masa menjadi pelajar di UTM.

Ini juga seperti pada saat dia melamar saya. Katanya wang sudah cukup. RM5,000 untuk mas kahwin (bukan hantaran). Maka saya berlapang dada menerima. Suami menjelaskan, ini sahaja yang dia mampu selepas bekerja selama 3 tahun, tak berkereta dan bermewahan. Katanya, kalau saya letakkan mas kahwin (seperti bakal isteri kawannya) lagi tinggi sudah pasti dia takkan mampu. Tapi, niatnya sangat mendalam. Dan saya menerima seadanya. Tanpa hutang dan hanya majlis akad nikah sahaja, kami disatukan. Sungguh mudah.

Saya benar-benar percaya kehidupan bebas hutang menjadikan kita lebih tenang dan aman. Tanpa paksaan untuk bekerja kerana mahu melangsaikan hutang kita boleh menikmati hidup. InshaAllah.


Kalau saya tak sambung PhD sekarang

Kerja saya mungkin lakukan sekarang

 

Menjadi penjawat awam Jabatan Perkhidmatan Haiwan

Ya! Saya masih makan gaji dengan kerajaan.

 

Buka klinik haiwan

Ni kes nak jugak gunakan sijil vet.

 

Menjadi penjual nasi lemak kat pasar malam

Heheheh.. antara semua jenis masakan, saya rasa masakan ni je yang tak renyah nak buat dan senang. Yelah kalau anak ramai takke payah nak masak lagi, nak masak lagi..

 

Membuka restoran ayam percik

Hmm ni sebab rasanya masakan ni susah, jadi saya pilih satu jelah specialty saya.

 

Menjual kasut kat kedai mak mertua

Hahaha.. ni spontan betul. Semalam masa bincang dengan suami kalau kami dipecat dari kerja atau tak bekerjaya, maka kami pulang ke kampung dan jual kasut je.

 

Penjahit baju

Tapi jahit baju kurung je.. boleh?

 

Penjahit manik dan sulam riben

Ni pun renyah jugak nak buat. Buat untuk baju budak-budak je boleh?

 

Penulis novel

Hmm.. ada jugak bercita-cita nak jadi penulis novel. Tapi isi cerita tak pastilah, mungkin cerita kanak-kanak, novel cinta?

 

Masak dan jual untuk jiran sebelah yang bekerja

Boleh? Disamping masak kat rumah, boleh jugak cuba idea ni. Promote masakan halal dan sumber organik.

 

Menjadi surirumah sepenuh masa

Ya! Saya mungkin sudah mengandung anak ke 4 atau ke 5 sekarang..

 

Kesimpulan:

Saya nak kerja masak-masak

Banyak betul kerja atas dunia ni. Hanya antara pandai tak pandai dan nak tak nak je..