Category Archives: Phd study

Masih di sini

Saya masih di sini!!!

Alangkah indahnya menyelusuri jalan di Wageningen bukan? Menikmati angin sepoi bahasa dan hawa sejuk panas.

Saya belum kembali ke sana lagi untuk mendapatkan skrol phD saya tapi saya sedang mencuba untuk berbuat demikian. InshaAllah tahun hadapan.

Doakan saya!

Advertisements

Salam Oktober, 2013

Assalamualaikum.

Saya benar-benar ‘bercuti’dari blog nampaknya. Almaklum, selepas saya tahu artikel ketiga saya dah diterima, saya menerima khabar tidak baik dari Malaysia. Bapa mertua saya telah menghembuskan nafas terakhir pada hari raya pertama. Al-fatihah buat arwah.. Walaupun singkat waktu mengenalinya tapi saya benar-benar terasa kehilangan beliau yang suka menanyakan macam-macam perkara. Tentang bahasa, budaya dan tentang kehidupan di luar negara.

Saya sebenarnya tidak mahu pulang ke Malaysia pada masa itu, tapi memandangkan saya rasa perlu untuk kembali bagi menggembirakan hati ibu mertua, saya pulang jua. Alhamdulillah, semua urusan dapat dilakukan dengan baik walaupun agak kelam kabut. Anak-anak juga berkelakuan baik sepanjang perjalanan dan saya rasa lebih segar selepas ‘bercuti’.

Apapun, saya sudah kembali ke Belanda sejak sebulan yang lepas. Sudah berja menyesuaikan diri dengan situasi kerja. Rasa rinduuuu pada Malaysia (Kelantan), dan rasa ‘kehilangan’ bila saya kembali ke sini. Saya harap dapat menyudahkan thesis sebelum pulang semula ke pangkuan yang tercinta (serta pada hiruk pikuk KL).

Apa pula perancangan saya?

Cuti belajar masih berbaki 5 bulan. Ikut perancangan, saya masih mampu menyudahkan thesis. Apa kata sv? Heheheheh.. nak senyum dikata tak serius kan. Tapi saya yakin, lambat atau cepat seseorang buat PhD bukanlah pengukur kehebatan. Ada banyak faktor seseorang cepat siap PhD. Saya patutnya boleh siap lebih cepat sebab data diberi, sv banyak tolong lagi (analisis/menulis) melainkan model. Tak jugak cepat-cepat kan! Apapun untuk pengakhiran 5 bulan ini,  saya memilih untuk cuba fokus waktu kerja dipejabat dan cuba buat benda yang betul walaupun pada kali pertama. Jadi taklah bazir masa. Ini mungkin sebab saya dah tak ada masa bila balik rumah. Almaklum, anak saya yang no 2 memang tersangat manja. Nak tidur mesti ada saya. Minggu lepas saya cuba nak kerja bila balik, merabak lah kawan tu. Owh sungguh saya teganggu. Tapi mulai minggu ni, anak saya dah sihat (alhamdulillah!) dan suami cakap dah mula makan banyak, maksudnya taklah perlukan saya sangat.

Jadi mulai minggu ini dan harapannya untuk minggu-minggu depan, bertabahlah wahai hati. Cuba siapakan kerja dan submit artikel ke 4 pada 1/12/2013. Biar itu jadi kenyataan. Buktikan wahai Yani!! Hahahaha.. masa ni tetiba opismate (Simone) masuk opis dan cakap eh napa victor (satu lagi opismate) takdak.. terkojut saya!!

Saya nak siapkan thesis pada 1/3/2014! Pastikan saya boleh!! Yeahhhh… ameennn.. tolong doakan ehhh..


Alhamdulillah!! Sujud syukur

20130806-150756.jpg

Paper saya yang ketiga accepted!!