Category Archives: wageningen

Bye-bye Kak Mai, have a safe journey home!!

Hari ini Kak Mai n family dah balik Malaysia. Kitaorang mungkin tak terasa sangat sedih sebab nanti jumpa lagi di Malaysia, InshaAllah. Sempena tu, sejak 2 minggu lepas saya kumpul material dan buat video khas ni untuk kak Mai. Thanks pada semua Warga-Wage yang sudi menemuramah diri sendiri.

 


Nasi beriani Kak Mai dan Nasi minyak Naim

Saya masih menulis. Jam sudah 7 malam.

Tertera nama kak mai di telefon.

“Kak Mai ni. Boleh ke nak cakap. Kak Mai nak beli tiket kruidvat. Pastu ada banyak sangat. Kak Mai nak jual satu kat yani. Nak tak?”

Tiket kruidvat tu tiket keretapi untuk perjalanan satu negara Belanda untuk sehari. Sangat murah, dalm Eur12.

Saya balas,”Nak le.. Kak mai nak jual berapa?.”

“Heheh satu je.. ”

“Takpelah, saya beli aja sebab tak ada.”

“Lagi satu, yani masak apa ari ni?”

“Tak masak lagi. Ntahle, makan megi gamaknye orang kat rumah.”

“Takpelah.”kata Kak mai, “Kak mai masak nasi beriani. Sat lagi 15 minit sampai lah Ariff .”

Alhamdulillah rezeki saya malam ini makan ansi beriani. Sungguh bersyukur ada yang sudi memberikan sedikit makanan dalam kesibukan saya ini.

Teringat pula jiran-jiran lama saya, Naim, Kak Huda R, Huda K, waktu kami di Haarweg. Setiap hari ada sahaja aktiviti menukar makanan sesama kami. Nasi minyak Naim yang paling famous, juga nasi ayam dan macam2 lagi. Owh rindu pada masa itu!

 

p/s; Lapar le pulak


Lepas pindah (Lepas kemas rumah)!

Selepas berhempas pulas nak kemas (sambil2 kerja), akhirnya dapat jugak setelkan hampir 90% operasi kemas lepas pindah. Memang memenatkan. Lagi2 bila nak unpack pastu nak adjust size rumah baru yang boleh dikatakan kecil dari yang dulu. Apapun, kami puas hati dengan rumah ini.

 

Ruang tamu

Sekarang kene kerja di ruang tamu

Sebahagian dari dapur

Sebahagian dari dapur

Bilik Ain

Master bedroom

p/s: Sekarang leh konsentrate buat keje!