Category Archives: Photography

Halwa mata penenang fikiran khusus untuk orang meroyan, pantang, naik angin, banyak kerja dsb; Senja di Leeuwernborch

p/s: Alhamdulillah kerana dapat menikmati keindahan ciptaan Allah.


Bukan kerja saya: Photographer.

Semalam aku paksa diri jugak nak g BBQ kat rumah Alfons, di Englaan 23, Wageningen. Tujuannya supaya aku boleh kenal orang department dan jugak supaya aku boleh paksa diri buat sikit aktiviti. Sihat sikit daripada terbungkam dalam bilik. Yang paling pelik bagi aku adalah mat saleh memang tak suka ambik gambar jadi memang sahih kalu nak amik gambar tentunya orang asia yang amikkan. Jadi kali ni aku bawak kamera aku yang terlebih canggih untuk mereka. Semua ingat aku phtographer pro padehalnya takkan. Ya ya on je semua mat saleh nih..

Eva, bf, Theo, Anna dan hmm lupa plak nama dia

Semua duk beratur nak makan. Cube teka sape idupkan api? Aku jugak.. Heheh..

Anna, Wilma, Alfons, Hurria, Xuozhen and gf

Alfons dan wife dpt hadiah dari department. Rupanya 16 thn kawan ngan Alfons (Head of dept).

Gambar last sebelum aku balik.

Kat sana, aku jumpa Xuozhen dan tunangnya.  Rupanya mereka dah nak kawen bulan July ni. Kata tunangnya, Xuozhen tak propose pun. Huhuh.. tapi mereka decide nak kawen lepas 6 bulan kenal. Sweet je aku tengok orang tengah berchenta nih. Tengah2 aku duk snap2, tetiba diaorang cakap, Yani, boleh tolong amik gambar kitaorang tak. Nak letak atas kad kawen.

Jadi hasilnya walaupun tak seberapa dan sebab memang bukan jurugambar nikah kahwen:

classic 80 an: Gambar kena rendam air banjir

Aku cakap, pandang masing2. Masing2 malu tapi last2 suke pulak aku tgk gambar nih. Penuh perasaan…

Bila tengok gambar nih, hubby kata macam cover citer korea.

p/s: Terasa seperti tangkap gambar hero dan heroin citer cina pulak.


Gambar terbaik 2010 jatuh pada…

Ada beberapa gambar terbaik yang aku suka sepanjang 2010. Dan gambar-gambar tersebut adalah:

Gambar atas kapal terbang masa nak balik Malaysia. Bulan Mac, 2010. Aku suka gaya bersahaja ‘Ain makan kacang.

Gambar masa aku graduation master. Bulan Februari, 2010. Aku suka mimik muka kami bertiga dimana aku dan hubby gelak, manakala ‘Ain menangis.

Gambar kat Keukenhoff, musim bunga 2010. Gambar ni diambil oleh Kak ra. Aku suka mimik muka ‘Ain yang kiut dan kaler baju dan kaler bunga yang hampir sama dan tak terlalu over edit.

Gambar ni aku paling suka sebab ‘Ain pegang kertas, dengan mimik muka yang kiut pastu basikal kat blakang ngam2 masuk dan nampak sungguh cun.

Aku suka gambar ‘Ain yang mcm budak besar. Pastu tetiba bukak mulut, bukan senyum macam biasa. Memang aku suka ekspresi gambar nih

Gambar ini diambil oleh Kak ra. Aku suka cameraman ramai kat balakang tuh.. Memang menarik gambar nih.

Gambar makanan paling aku suka, inilah. Nasi kerabu daging bakar. Rasanya pun sesedap dan sebest rupa gambar ini okehhh..

FINALLY…

Gambar PALING aku suka tahun 2010!. Ekspresi senyuman yang sangat menarik, liuk lentuk dan gaya rambut yang aku rasa jelita. Maybe baju Zara jugak lagi menambah cun gambar.. Gambar ni tak di edit langsung so kaler dia pun sangat natural.

p/s: Terus ambil gambar menarik untuk 2011!!