Category Archives: Sulaman

Sulaman di bahagian leher baju raya ‘Ain

Aku dah lama berhenti menyulam sejak balik bekerja di opis.  Tapi Hari Raya punya pasal, maka aku spend sikit masa berfikir corak paling simple, dan comel untuk ‘Ain.  Lepas membuat rujukan kat buku sulam maka aku berjaya jahit sulam di bahagian leher baju raya ‘Ain.

Tak susah, sebab bahagian bunga tu dah mengurangkan masa menjahit manik-manik.  Di samping tu aku guna manik yang lebih panjang dan manik disusun lagi panjang.  Tak perlu terlalu complicated, cukup nampak berseri di 1 Syawal.

4 september (UPDATE)

Ni kes beraya weekend, ada 2 rumah nak pergi! So excited giler untuk baju raya kedua.  Maka over sikit nak menyulam.  AKu tak pernah cuba corak yang macam mak datin tapi lihatlah hasilnya.  6 jam tu nak jahit!


Gaun Pink H&M ‘Ain

Selepas menghabiskan masa berfikir apa nak ditambah pada gaun kosong H&M ni, siaplah satu dari 3 projek jahitan untuk kali nih.  Gaun ni aku buat simple giler, just sulam benang dan jahit manik tabur.  Nak jahit bunga tu yang paling lama then daun kemudian last baru manik.  Seperti biasa aku memang suka decorate bahagian depan dada gaun aja supaya tak menyerabutkan gaun.